Rabu, 4 November 2015

Salam perkenalan dari Aku Lelaki Suami Beristeri Dua @ ALSB2

Salam kepada semua,

Lama sudah Aku, Lelaki, Suami, Beristeri Dua @ ALSB2 nak mula berblog, namun hasrat dan niat seringkali terbantut disebabkan hati dan semangat tak sekata.

Namun kini, ALSB2 kuat kan hati dan semangat untuk terus bernukilan sebaiknya kerana niat kian membara untuk berkongsi dengan semua pembaca yang ada diluar sana.

Pertama kali, biarlah ALSB2 jelaskan disini bahawa niat utama bukanlah nak tunjuk riak atau suka bermegah diri dgn status lelaki, suami yang beristeri dua . 

Namun , ianya sebagai satu landasan untuk diri ini sentiasa ingat akan tanggungjawab dan amanah yang ada di sebalik status Aku Lelaki Suami Beristeri Dua @ ALSB2.

Suka juga dijelaskan bahawa apa yang diluahkan dan sampaikan di halaman blog ini adalah rujukan berdasarkan pengalaman ALSB2 sebagai Lelaki, Suami yang Beristeri Dua; semakan daripada bahan rujukan yang boleh dipercayai dan lain-lain sumber yang mempunyai unsur kepastian yang tinggi (kenyataan org-org yang berkaitan dan mempunyai pengetahuan luas mengenai perkara yang berkaitan atau dibincangkan).

Mungkin ada yang tertanya kenapa, Aku, Lelaki, Suami, Beristeri Dua?  

Jawapannya mudah, ALSB2 nak fokus dan tumpuan diberikan tentang diri ini, hal-hal keluarga dan diluaskan kepada persekitaran dan seterusnya hubungan kita dengan Tuhan. 

Daripada konteks itu, izinkanlah saya berkongsi bersama saudara dan saudari di luar sana, apa yang ALSB2 fikirkan, apa yang ALSB2 perolehi daripada pembacaan dan rujukan yang tiada batasannya dan juga apa yang telah berlaku yang boleh dijadikan sebagai tauladan dan sempadan samada di dunia ini dan insyaallah, ke Akhirat kelak.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan