Khamis, 5 November 2015

Aku, Lelaki, Suami, Beristeri Dua@ALSB2 ; Kenapa Aku, Lelaki, Suami ....beristeri dua...

Biarlah para pembaca mengenali diri ku ini dengan singkatan ALSB2.....iaitu singkatan Aku, Lelaki, Suami, Beristeri Dua.

Tidak mudah untuk seseorang itu  meluahkan hasrat hatinya atau kehendaknya untuk 'BERISTERI DUA' kepada isterinya yang sedia ada........

Nun suatu masa dahulu, pabila kasih dan cinta kita bersemi, akan ku serah kasih dan cinta ku hanyalah pada mu dan hanya dikaulah penyeri bersamaku sehidup dan semati........

Wahai lelaki diluar sana, ayat manis dan janji setia itulah yang kita ungkapkan kepada si dia yang ketika ini bergelar sebagai isteri.

Terlintaskah difikiran kita wahai sang Lelaki, pada suatu ketika nanti, akan dibahagikan kasih dan sayang kepada insan-insan akan dikenali sebagai isteri-isteri.....

Dan ini yang ALSB2 ingin nyatakan dan jelaskan .

Sememangnya sama sekali tidak terfikir dan terlintas di hati ini, pada suatu masa nanti akan aku, sebagai seorang lelaki dan suami untuk beristeri lebih daripada satu ....

Mengapa?  Persoalan yang acap kali diajukan kepada sang suami yang memilih untuk berkahwin lebih daripada satu....Apa yang tak kena....? Apa yang di cari?.....Tak Puas?

Manakala isteri yang terdahulu (pertama) akan di 'label' oleh sesetengah ahli masyarakat 'mungkin isteri tak pandai jaga......adalah lah tu masalah.....; dan  Isteri  yang baharu, dilihat sebagai 'perampas' atau punca kepada beralihnya kasih dan sayang si sang suami.

Adilkah semua persepsi, tomahan serta kesimpulan yang acapkali kita dengar tatkala berbincang atau bercerita tentang mereka yang POLIGAMI ...beristeri lebih daripada satu....

ALSB2 ingin jelaskan di sini, hasrat beristeri daripada satu ...kawin dua adalah kerana 'keinginan'

Wahai sang lelaki, ianya hadir daripada kita ....hati, perasaan serta fikiran yang bertindak serentak mencanang akan keinginan tersebut untuk direalisasikan

Begitulah bagi ALSB2.  Terbitnya hasrat untuk memperisterikan lebih daripada seorang kerana wujudnya 'perasaan cinta dan sayang'. Isteri mahupun si bakal isteri sama sekali tidak mengetahuinya....

Persoalan...bagaimana wujudnya perasaan cinta dan sayang sedangkan kita (ALSB2) ketika itu sudahpun beristeri  dan sesetengah itu (mereka yang beristeri lebih daripada satu) mempunyai anak dan bahkan, perkahwinan ada yang mencecah puluhan tahun?

Jawapannya ...itulah Lelaki...



Wahai lelaki dan Sang Suami , mustahil sama sekali hati seorang wanita takkan terusik, tersentuh bahkan 'sakit' atas perbuatan kita....

Dalam keadaan ALSB2, semuanya berpunca daripada diri ini. Kasih dan sayang jelas menguasai diri ini. Kerana kasih dan sayang tak sanggup sama sekali untuk merahsiakan bagaimana rasa hati ini terhadap si dia yang kini bergelar isteriku (madu kepada isteriku).

Kasih, sayang dan jatuh cinta itulah yang menguatkan keyakinan untuk ALSB2 untuk 'mengalah' bahawa tak sanggup diri ini menolak rasa keinginan untuk memiliki si dia.

Ye ALSB2 "mengalah" kepada "keinginan"....untuk memiliki isteri yang kedua.

Mengalah agar tidak terus hipokrit - mengakui bahawa hati ini telah jatuh cinta kepada si dia.

Maka, ALSB2 telah jelaskan dengan sejujurnya kepada sang Isteri akan rasa dan perasaan serta keinginan tersebut ...........

Dan sang Isteri jugalah yang menjelaskan "keinginan" ALSB2 kepada si dia ......

Maka bermulalah episod-episod kehidupan Aku, Lelaki, Suami Beristeri Dua....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan