Rabu, 4 November 2015

Poligami Dalam Islam

ALSB2 nak bawa para pembaca semua mengenai pengertian 'Poligami'


Sebelum itu, marilah bersama menghayati maksud ayat Surah Ali-Imran , Ayat 19 :

“Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam…” Ia adalah suatu sistem yang mencakupi peraturan-peraturan secara menyeluruh, serta undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia untuk kita terima dan mengamalkannya secara total"

Sesungguhnya Islam telah menjelaskan segalanya dan mempunyai setiap segala sesuatu yang diperlukan oleh Kita sebagai Hamba Allah S. W.T. Islam sebagai agama yang diredhai Allah SWT merupakan satu cara hidup yang lengkap. Maka kita sebagai manusia yang berakal perlu sebaiknya menggunakan segala apa cara yang diredhai oleh Allah bagi mencapai atau berbuat sesuatu demi kebaikan atau untuk kepentingan bersama. 


Walau bagaimanapun, persepsi Masyarat terhadap poligami sangat berbeza-beza. Ada yang melihat ianya sebagai satu unsur yang memporak peranda kehidupan suami isteri atau keluarga yang telah lama aman dan damai, bermuafakat.

Ada yang melihat ianya berniat kearah kebaikan kerana membantu sesetengah pihak agar mempunyai tempat berlindung, berkasih sayang dan seterusnya merasai erti kehidupan bersuami isteri.

Benarkan poligami yang menyebabkan porak peranda tersebut ?


Sebelum pergi jauh, biarlah ALSB2 bawa pembacaan pembaca kepada Ayat Al-Quran, Surah An-Nisa, ayat 3 .

Firman Allah SWT dalam Al-Quran surah an-Nisa’ ayat 3 menjelaskan akan maksudnya seperti berikut :


“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat ( untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

Diteliti secara mendalam, sesungguhnya surah an-Nisa’ ayat 3 di atas telah meletakkan dan menjelaskan bahawa poligami adalah dilaksanakan dengan bersistem  iaitu mempunyai asas-asas ketetapan yang kita boleh simpulkan sebagai 'berperaturan'.

Ayat di atas juga menjelaskan bahawa Islam membenarkan lelaki memperisterikan lebih daripada seorang sehingga semaksimum 4 orang. Namun, persoalan adil ditekankan sebagai asas utama yang membuatkan keputusan atau tindakan untuk memperisterikan lebih daripada seorang diteruskan atau tidak.

Oleh yang sedemikian, sekiranya poligami yang dibuat secara 'koboi', tidak berperaturan atau menafikan hak-hak yang tertentu sudah tentu ianya hanya membawa permasalahan yang boleh menjejaskan kehidupan samada dari segi kasih-sayang dan perasaan serta ekonomi dan kestabilan diri, keluarga dan masyarakat secara amnya.

Jadi mengapa lelaki ingin berpoligami?  Dan bagaimana Agama Islam menjelaskan Poligami ?

Berdasarkan maklumat yang dicapai di sesawang JAKIM, antara sebab musabab Poligami dibenarkan di dalam Islam adalah seperti berikut : -
  • Menjamin kemuliaan agama Islam dan kehormatan umatnya dari sebarang godaan.
  • Menutup dan mengurangkan perzinaan dan pelacuran.
  • Membiakkan keturunan dengan cara yang halal.
  • Mengurangkan anak-anak di luar nikah dan pengguguran. Seorang perempuan tidak dapat menyempurnakan kehendak nafsu suaminya kerana beberapa halangan yang tidak dapat dielakkan sedangkan suaminya tidak terbatas.
  • Perempuan sentiasa berkehendakkan pimpinan dan sokongan dari kaum lelaki dengan kelemahannya yang semula jadi. Bilangan kaum perempuan lebih ramai dari kaum lelaki pada bila-bila masa sahaja terutama pada masa peperangan.
  • Setiap pasangan suami isteri pada asalnya ingin mendapat zuriat dan keturunan dan kadangkala seseorang yang berkahwin itu didapati mandul, di kala itu hilanglah tujuan asalnya kalau tidak dibenarkan poligami.
  • Nafsu berahi kaum lelaki untuk melakukan hubungan kelamin tidak terbatas pada setiap peringkat umur walaupun umur telah meningkat hingga ke 70-80 tahun tetapi nafsunya masih kuat. Kebanyakan perempuan-perempuan yang umurnya dalam umur 50 tahun atau perempuan yang telah kering darah haidnya, tidak merasa sanggup lagi melayani nafsu suaminya, malah sudah mula hendak melarikan diri dari melakukan hubungan kelamin dan terasa jijik bila mendengar soal-soal itu.
Initipati utama yang ditekankan dalam Islam yang membenarkan Poligasi adalah kerana pelbagai faktor berhubung rapat dengan kepentingan menjaga institusi kekeluargaan agar ianya bersih daripada unsur-unsur zina, penghinaan dan penderitaan di samping melihat peranan Suami atau Lelaki sebagai pemimpin ke arah kebaikan dan keberkatan. 

Bagi mereka yang nak baca lebih lanjut, silalah lawati sesawang JAKIM iaitu ; http://www.islam.gov.my/e-penerbitan/poligami-penjelasan-berdasarkan-perspektif-undang-undang-keluarga-islam-di-malaysia

Yang suka tonton, dengar dan mengikuti ceramah Y.Bhg Dato' Uztaz Kazim, mari tonton video ini :-



Dengarkanlah apa yang disampaikan oleh Y.Bhg Dato' Uztaz Kazim, Adil.....bukan senang kita 'Lelaki' nak jadi adil ....so, fikirkanlah apa yang kita nak buat dari awal......sebelum beristeri lebih daripada seorang....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan