Jumaat, 6 November 2015

Apabila Lelaki mula menggatal

Nukilan yang ALSB2 nak tulis ini bukan berniat nak kaitkan sesiapa, nak salahkan sesiapa atau nak cuba sakitkan hati sesiapa.  

Apa yang ALSB2 nak tulis ini sebagai pengajaran untuk kita sebagai Lelaki@Suami, serta Perempuan@Isteri. 


Para Pembaca semua, pepatah ada berbunyi, di setiap kehidupan seorang lelaki yang berjaya, akan ada seorang wanita yang sentiasa bersama ketika susah dan senang. Pada masa yang sama, kerana wanita jugalah lelaki itu akan binasa. 

Kenyataan ALSB2 mungkin boleh disangkal atau boleh dibincangkan lanjut. Namun, apa yang ALSB2 nak panjangkan di sini adalah ' apabila lelaki mula menggatal'.

Lelaki cukup pantang di cabar. Ada yang secara terang-terangan menyahut cabaran tak kisahlah apa juga cabaran...kata orang UP jadi. Itulah lelaki yang cukup ego dan kalau yang OVER tu, lelaki pun malas nak layan. Namun, tak semua macam itu dan bukan semuanya 'ego' nya tinggi.

Namun yang ALSB2 nak bawa disini ialah apa bila lelaki mula menggatal dengan isteri orang....
Tak kisahlah, lelaki itu bujang atau lebih 'parah' apa bila lelaki itu sudah pun berkahwin...

Kalau bujang, sudah tentu si wanita yang bersuami yang seharusnya lebih 'pantang' dan 'lebih ego'. Si wanita kenalah tolak segala apa yang sibujang buat kononnya nak memberi sesuatu yang lebih daripada apa yang si suami boleh beri. Zaman sekarang macam-macam boleh berlaku. Si wanita yang bersuami kalau tak kuat dan ada sesuatu yang membuku dihatinya yang membolehkan dia berfikir dua kali akan kehidupan dia sebagai isteri kepada si suami, jawapannya, kelautlah........

Teknologi ICT terkini membolehkan luahan dan utusan berantaian kasih dan segalanya dibuat. Kalau tak kuat, memanglah hanyut. Nak salahkan si bujang, namapun bujang. Namun, suami pun kenalah mainkan peranan. 

pepatah 'takkan pokok bergoyang bukan kerana angin'. Zaman sekarang segala macam berkemungkinan. Apa juga keadaan kembali kepada Agama sebagai landasan dan rujukan. Dekat kepada Allah untuk petunjuk dan kekuatan. Namun, mudah untuk kita cakap, sedangkan empunya diri yang perlu memainkan peranan. Suami Isteri seharusnya berkasih sayang dan saling memiliki bersama. Namun jikalau ada yang tidak kena dan ianya berlarutan, perasaan jauh akan semakin jauh. Mulalah Syaitan membisik di hati dan memalingkan perasaan kita. 


Lagi teruk kalau si lelaki yang beristeri dok kejar isteri orang. Dua-duanya bertepuk tangan ..suka sama suka. ALSB2 cakap ni bukan apa, sebab memang ada berlaku dalam kehidupan kita sekarang ini. Entah apa yang difikirkan dan dicari dengan keadaan atau situasi sedemikian. Namun apa yang jelas, ada kalanya, kita sebagai pasangan yang seharusnya 'sedar' dan 'mengambil tindakan' dari awal. Mungkin kita sebagai 'pasangan' yang tak peka. Mungkin kita sebagai 'pasangan' yang memulakan atau mewujudkan 'empty space' dalam kehidupan rumah tangga kita. Percayalah, jikalau kasih dan sayang kita kuat , Insyaallah ia akan kekal lebih-lebih lagi ianya di sulami dengan pengabdian kita kepada ALLAH.  

Suami orang bercinta dengan isteri orang.....ye...itulah apa bila lelaki mula menggatal. ALSB2 tak mahu letakkan 'wanita' sebagai 'punca' kerana wanita sememangya cukup istimewa. Tatkala kita lelaki sedih , disitulah wanita akan menghiburkan kita. Tatkala kita gembira, wanita jugalah akan kita cari untuk bersama meraikan. Dan kerana wanitalah juga kita sebagai lelaki adakalanya hilang pertimbangan. 

Lelaki yang harus kuat dan memainkan peranan bukan sahaja memimpin namun juga berilmu pengetahuan.

Maka, mulai hari ini, jadilah kita sebagai lelaki  dan suami yang peka terhadap pasangan kita dan begitu juga wanita yang juga seorang isteri. Setiap perubahan tentu ada sebabnya. Sesuatu yang bukan routine atau yang routine kini bukan lagi keperluan atau pengisiaan untuk pasangan kita, adalah tanda-tanda adanya sesuatu dalam kehidupan pasangan kita. Ianya mungkin berkaitan  soal hati dan perasaan atau juga 'kesihatan' pasangan kita.

Pada siapa lagi untuk kita berikan fokus melainkan kepada pasangan kita, kerana kita juga berharap daripadanya yang sama.

Namun, ALSB2 tetap percaya, sebagai suami dan isteri, kita akan sentiada berusaha menjaga hati masing-masing kerana suami isteri akan sentiasa berharap antara satu sama lain...

Yovie-Nuno-Menjaga Hati







Tiada ulasan:

Catat Ulasan