Isnin, 30 November 2015

Suami isteri Sepakat ...Insyaallah Membawa berkat

Tak kisahlah samada beristeri seorang , dua orang atau lebih, yang utama adalah bersepakat agar dapat sama-sama membahagiakan.


Sepakat boleh diertikan dalam pelbagai perspektif serta pendekatan.Namun, apa yang ALSB2 nak bawakan ialah kesediaan kita sebagai suami isteri untuk saling tolak ansur serta melengkapi satu sama lain.



Antaranya dalam soal hati dan perasaan, dalam soal pengurusan kehidupan terutamanya dalam hal pengurusan kewangan dan hal-hal berkaitan kekeluarga.



Soal hati dan perasaan.



Tak  semudah seperti yang di sangka . Kita manusia takkan lari dari membuat perhitungan yang tersasar dan tak semuanya persoalan ada jawapannya kerana kita perlu berusaha dan membuat tindakan yang berkaitan untuk menyelesaikannya.



Namun yang paling mudah dan senang untuk dibuat pada pengalaman ALSB2 adalah kita sebaik mungkin cuba memahami hati dan perasaan pasangan kita. Bermula dengan, kekurangan yang dimiliki oleh pasangan kita dijadikan sebagai matlamat untuk kita sebagai suami/isteri untuk diperbaiki atau membantunya untuk diubah menjadi yang lebih baik.



Contohnya, suami panas baran. Mungkin ada sebab. Makanya, si isteri cuba menjadikan kekurangan itu sebagai satu matlamat . Iaitu si isteri berusaha membantu si suami belajar jadi sabar dan sebagainya. Bukan berterusan ' dah memang panas baran' begitulah perangainya. 



Sama juga si suami. Takkan lah suruh  isteri kita masak atau sediakan segalanya 'perfect' sedangkan si isteri juga kerja cari nafkah. Mungkin ada jadual bila cuti dan masa hujung minggu. 



Soal pengurusan kehidupan terutamanya dalam hal pengurusan kewangan



Perkara ini sememangnya perlu di bawa bincang dan mendapat persetujuan bersama. Namun ada keadaan si suami kurang pendapatannya daripada si isteri. Namun jangan di jadikan itu penyebab kepada si isteri untuk menjadi lebih berkuasa. Begitu juga si suami. Ye kitalah yang bawa reski namun tak semestinya semua dan segalanya kita yang buat keputusan.



Perkara lain yang ingin ALSB2 bawa untuk dikongsi adalah amalan dan hasrat untuk bebas daripada berhutang. Maklumat ini, di ambil daripada  http://www.mohdzulkifli.com/



4 Prinsip Asas Urus Kewangan



Prinsip #1: Beli secara tunai.
Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. So, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.



Prinsip #2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan.
Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakanlah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.

Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual jer dulu. Downgrade life style yang berlebihan buat sementara waktu. Kalau sekarang ni subcribe Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu atau terus hentikan langganan Astro! Kalau sekarang pakai kereta besar, down grade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata masak di rumah jer atau bawa bekal jer ke pejabat. Pointnya, hidup di bawah kemampuan.



Antara perkara yang boleh dipertimbangkan:



       (a)   Jual barang yang bukan keperluan
       (b)   Hentikan tabiat merokok (banyak boleh jimat tu!)
       (c)    Hentikan langganan Astro atau lain-lain bil yang kurang berfaedah atau tidak digunakan                      (atau tukar pakej lebih murah)
       (d)   Masak sendiri, makan di rumah dan bawa bekal ke pejabat
       (e)    Pindah rumah yang lebih kecil atau sewa yang lebih murah



Prinsip #3: Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit.
Menyimpan walaupun sedikit. Yang penting menyimpan dan ingatlah, menyimpan secara berterusan walaupun sedikit lebih baik daripada langsung tak simpan.




Prinsip #4: Bina pendapatan kedua.
Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim ‘bisnes’. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan kami bebas dari hutang, alhamdulillah.




Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.









Selasa, 10 November 2015

Wanita itu adalah isteri kita....benarkah kita menyayangi mereka..

ALSB2 ingin berkongsi,...

Kita sebagai lelaki, kadang kala sukar untuk lafazkan sayang...or lafaz keramat 'ku kasihkan mu' or let it be 'I Love u'.

Mungkin itu ucapan yg acapkali di lafazkan semasa kita sedang dilamun cinta....namun kenapa bukan sehingga saat dan ketika ini...ketika kita dan si dia....adalah suami isteri dan segalanya adalah 'kita' dan apa jua adalah kita ....sehinggakan ....syurga itu ditapak kaki suami...

Namun, 'syurga itu ditapak kaki suami' adakalanya di salah tafsir.  Ingin di jelaskan, ALSB2 bukanlah arif dalam bab agama, namun ALSB2 nak berkongsi dari pengalaman.

Knp sukar untuk kita imarahkan atau mengagungkan cerita atau tema berkasih sayang kita sepertimana kita sedang bercinta dahulu?

Jawapannya.....kita "ambil mudah"....ambil mudah kerana dah dapat? dah ada di depan mata...dah suami isteri so What? So apa yang nak dikisahkan....

Bro, kita lelaki, suami memang pegang semua tanggugjawab namun kita kena ingat..silap hari bulan wanita, perempuan dan isteri apabila 'bosan', 'rasa terbiar' dan 'kosong' akan mula memberontak...

Ini sama juga kepada kita lelaki....mulalah kita cari alasan...boring lah kat rumah, bising dgn anak2 . bini asyik sok-sek -sok sek...ada jer tak kena...isteri tak macam dulu ...romantik ..berhias..entah lah macam2....

Tepuk dada tanya lah diri anda wahai lelaki....mana ada kehidupan yang semuanya terancang tanpa sebarang dugaan dan cabaran.

Kepada Allah S.W.T kita kembali makanya, segalanya sudah tentu ada ketentuanya daripada NYA.

Tak mampu kita sebagai suami isteri untuk berjaya dalam kehidupan berkeluarga dan menempuh asam garam kehidupan tanpa perancangan yang diiringi doa. tawakal dan usaha.

Suami...lelaki.... susah sgt ke untuk kita sentiasa romantik dan mengambil berat dan kisah akan isteri kita seperti mana semasa di awal bercinta..sedangkan isterilah segala-galanya....

Mungkin ada bunyi-bunyi diluar ......' Aiiiiii...knp suami jer'...

Jawapannya sebab kita lelaki dan suami....tunjukkan kematangan kita ..tunjukkan kita yang bertanggugjawab ..tunjukkan hikmah dan kefahaman kita....Makanya sifat buruk kita seperti ego, cemburu ...pentingkan diri kita letakkan jauh-jauh.........

Dan jikalau , perkara sedemikian di tolak atau isteri seakan 'sejuk' 'tidak terima' 'rimas' ....apa yang tak kena.....Mungkin Allah tak bukakan lagi pintu 'reski kita'...mungkin kita ada buat salah.......ada sakitkan hati org ...

Entah2 ...kita tak hormat ayah dan ibu kita...kerana IBU ...doanya amat mujarab dan dimakbul oleh ALLAH.

Lelaki @ Suami .....tunjukkan kita ini in control dalam keadaan dengan kembali kepada NYA.

Si Isteri jika beliau memahami dan menghayati erti kehidupan berkeluarga dengan asas2 yang kembali kepada Agama, insyaallah , AMAN dan Damai. So kita bimbinglah yer.....

Namun, semua ini tak mudah. Kesabaran serta pengabdiaan yang seimbang , Dunia dan Akhirat kena ada.

ALSB2 bersyukur diberi reski oleh ALLAH S.W.T untuk beristeri Dua...

Namun tidaklah semudah itu......kesabaran dan pengabdiaan yang sejujurnya tentang kepentingan Dunia dan Akhirat perlu diimbangi dengan baik.

Syukur kerana kedua-dua isteri ku memahami,

Terima kasih isteri-isteri ku yang bergelar Wanita.


Assalammualaikum.


Wanita Hebat

http://beristeridua.blogspot.my/

Isnin, 9 November 2015

Tips Kalau Isteri marah kepada kita..nak pujuk lah katakan

ALSB2 nak share dengan semua yang kat luar sana terutamanya para lelaki...

Kalau isteri dan isteri kita marah (utk yang kawin lebih daripada seorang), silap hari bulan memang pening bro...

So daripada pengalaman ALSB2 yang dah menjalani kehidupan sebagai suami kepada dua orang isteri lebih 5 tahun (ada yang lebih tu bro) , antara pendekatan atau approach yang terbaik ialah :-

Pertamanya ;  Kita lelaki janganlah kedekut or susah sangat nak minta maaf. Ungkapan mohon maaf or maafkan abg tu sebagai permulaan. Ye kadang2 ego kita mendahului segalanya..bahkan ia mula-mula dipapar barulah mulut melafazkan tanpa usul periksa or nak berfikir dengan lebih sistematik.

Keduanya;  Semua orang tak suka dibebel, so kurangkanlah membebel lepas dari minta maaf tu or mudahnya, dah lah tak payah ulang...even rasa bengkekkkkk... ada lagi.  Dah minta maafkan...so dah lah...lagipun, dia isteri kita. Buah hati kita. Kalau bukan kita yang nak beri segalanya dan perhatian sedalamnya kepada dia (terima seadanya) siapa lagi. Bagi yang mempunyai isteri bekerja or tak bekerja, macam2 pengorbanan mereka buat. Tak percaya cubalah ambil tempat mereka sebagai isteri....

Ketiga: Sentuhan.....dengan kasih sayang dan penuh emosi....nie kalau nak jelaskan senang...cuba tanya kenapa mula awal-awal...pantang je kena sentuh or kena sentuh ?  Kenapa spark or gelonjak nak bermesra-mesra tu semakin hilang yer....susah nak jawab bro...tanyalah sendiri. 

Keempat; Ye tak nafikan..buat apa yang Isteri kita suka....suka durian or petai...or tempoyak...apa lagi pergilah carikan..bagi kat dia...dia marah lagi, letakkan bagi NOTE : Abg tahu abg salah. Maafkan abg. Ni abg belikan khas untuk sayang ...Love u...malam ni ramalan kaji cuaca kata HUJAN.


Kelima: Buat kejutan - Ni ada koslah sikit sebab samalah dengan no  4 tu . Yelah nak belikan sesuatu mesti kena duit kan kalau tak pun kenalah keluar tenaga dan kederat....Bila last sekali pergi bercuti or honeymoon...so apa lagi bro...tempah lah hotel kat mana2 lokasi peranginan yang selayaknya. But plan jugalah. Maksudnya, kalau isteri bekerja...janganlah terus booking tanpa checking ....nanti kelam kabut last-last merajuk dan naik angin lagi....

Keenam:  Jujurlah dengan perbuatan dan sikap memujuk kita itu...Isteri kita sayang dan tahu sangat pasal kita bro. Maka jujurlah...kalau nak bohong juga tak tahulah apa akan jadi kalau dia tahu dengan sendiri. Mau tidur luar kalau ALSB2

Semua itu sekadar perkongsian. Makanya, ada yang nak bagi komen silah. Tak salah kongsi dan bincangkan bersama. 

Namun, macam yang ALSB2 sembangkan sebelum ini, It takes two to tango. Makanya wahai sang Isteri yang dikasihi, samalah dipohon untuk memahami dan bersama menerima seadanya. 

Bro, kita lelaki bukannya sempurna...

Dan wahai wanita .....dikau pun begitu, namun ia tak menhalang untuk kita ....lelaki dan wanita untuk terus bercinta selamanya....

suami isteri keakhir hayat...Amin ya rabbal alamin 


Andra & The Backbone - Sempurna


Ahad, 8 November 2015

Isteri ke Suami yang kena mengalah ni...

ALSB2 nak berkongsi...

Sememangnya wanita sangat sensitif. Dan seharusnya mereka harus begitu. Kerana itulah yang akan membuat kan kasih sayang dan cinta kita suami isteri akan terus berkekalan. 

Bagaimana, ok...mari sama-sama fikir-fikirkan..


Lelaki memang lihat dan ambil banyak perkara dengan mudah. Samalah dengan ALSB2 di awal perkahwinan yang mana bergelar suami kepada dua org isteri yang bermadu. Kita lelaki selalu nak senang...dengan anggapan tak mengapalah..atau lebih parah, 'lelaki' ketua keluarga' kita yang buat semua keputusan. 

Ye. Memang kita lelaki sebagai ketua keluarga. 

Namun, it must be projected or be implemented with approaches that will not tarnish our relationship.

Kesimpulannya, janganlah keputusan kita itu membuatkan org yang kita sayang berasa sakit hati, membuatkan si dia rasa tersisih atau tidak penting.  

Ingatlah, adakalanya mereka tak lafaz even zahirkan...but bila meletup barulah kena batang hidung kita.

Jadinya, bila buat sebarang tindakan, keputusan dan apa juga sharelah,,,,kongsilah....jadi suami bukan semata2 nak minta isteri buat teh, kopi ...atas katil....(faham jerlah) but kita perlu juga jadi sebagai  kawan untuk mendengar dan memberi pendapat terutamanya apa yang isteri kita suka dan gemar lakukan.

Untuk itu, ALSB2 nak share tips berikut:

  • Lafazkan lah selalu ucapan kasih sayang dan cinta kepada pasangan kita;
  • Bersedia untuk berkongsi dan mendengar tentang apa yang kita suka dan apa yang si isteri suka;
  • Berterus-teranglah dan sentiasa ingat bahawa pasangan kitalah tempat kita bergembira, sedih dan meraikan apa yang kita capai;
  • Dan jadilah diri kita (suami) seadanya iaitu tunjukkan sifat dan sikap kita secara jujur kepada isteri dan pasangan  kita supaya sama-sama dapat membantu dan memahami...contohnya...panas baran..so sejujurnya cakap...agar pasangan paham dan saling bantu apabila menghadapi situasi berkenaan,

Namun, bak kata pepatah , it takes two to tango. Makanya, wahai sang Isteri yang dikasihi, juga seharusnya reciprocate iaitu turut sama membantu dengan memahami dan berkongsi.





Jumaat, 6 November 2015

Apabila Lelaki mula menggatal

Nukilan yang ALSB2 nak tulis ini bukan berniat nak kaitkan sesiapa, nak salahkan sesiapa atau nak cuba sakitkan hati sesiapa.  

Apa yang ALSB2 nak tulis ini sebagai pengajaran untuk kita sebagai Lelaki@Suami, serta Perempuan@Isteri. 


Para Pembaca semua, pepatah ada berbunyi, di setiap kehidupan seorang lelaki yang berjaya, akan ada seorang wanita yang sentiasa bersama ketika susah dan senang. Pada masa yang sama, kerana wanita jugalah lelaki itu akan binasa. 

Kenyataan ALSB2 mungkin boleh disangkal atau boleh dibincangkan lanjut. Namun, apa yang ALSB2 nak panjangkan di sini adalah ' apabila lelaki mula menggatal'.

Lelaki cukup pantang di cabar. Ada yang secara terang-terangan menyahut cabaran tak kisahlah apa juga cabaran...kata orang UP jadi. Itulah lelaki yang cukup ego dan kalau yang OVER tu, lelaki pun malas nak layan. Namun, tak semua macam itu dan bukan semuanya 'ego' nya tinggi.

Namun yang ALSB2 nak bawa disini ialah apa bila lelaki mula menggatal dengan isteri orang....
Tak kisahlah, lelaki itu bujang atau lebih 'parah' apa bila lelaki itu sudah pun berkahwin...

Kalau bujang, sudah tentu si wanita yang bersuami yang seharusnya lebih 'pantang' dan 'lebih ego'. Si wanita kenalah tolak segala apa yang sibujang buat kononnya nak memberi sesuatu yang lebih daripada apa yang si suami boleh beri. Zaman sekarang macam-macam boleh berlaku. Si wanita yang bersuami kalau tak kuat dan ada sesuatu yang membuku dihatinya yang membolehkan dia berfikir dua kali akan kehidupan dia sebagai isteri kepada si suami, jawapannya, kelautlah........

Teknologi ICT terkini membolehkan luahan dan utusan berantaian kasih dan segalanya dibuat. Kalau tak kuat, memanglah hanyut. Nak salahkan si bujang, namapun bujang. Namun, suami pun kenalah mainkan peranan. 

pepatah 'takkan pokok bergoyang bukan kerana angin'. Zaman sekarang segala macam berkemungkinan. Apa juga keadaan kembali kepada Agama sebagai landasan dan rujukan. Dekat kepada Allah untuk petunjuk dan kekuatan. Namun, mudah untuk kita cakap, sedangkan empunya diri yang perlu memainkan peranan. Suami Isteri seharusnya berkasih sayang dan saling memiliki bersama. Namun jikalau ada yang tidak kena dan ianya berlarutan, perasaan jauh akan semakin jauh. Mulalah Syaitan membisik di hati dan memalingkan perasaan kita. 


Lagi teruk kalau si lelaki yang beristeri dok kejar isteri orang. Dua-duanya bertepuk tangan ..suka sama suka. ALSB2 cakap ni bukan apa, sebab memang ada berlaku dalam kehidupan kita sekarang ini. Entah apa yang difikirkan dan dicari dengan keadaan atau situasi sedemikian. Namun apa yang jelas, ada kalanya, kita sebagai pasangan yang seharusnya 'sedar' dan 'mengambil tindakan' dari awal. Mungkin kita sebagai 'pasangan' yang tak peka. Mungkin kita sebagai 'pasangan' yang memulakan atau mewujudkan 'empty space' dalam kehidupan rumah tangga kita. Percayalah, jikalau kasih dan sayang kita kuat , Insyaallah ia akan kekal lebih-lebih lagi ianya di sulami dengan pengabdian kita kepada ALLAH.  

Suami orang bercinta dengan isteri orang.....ye...itulah apa bila lelaki mula menggatal. ALSB2 tak mahu letakkan 'wanita' sebagai 'punca' kerana wanita sememangya cukup istimewa. Tatkala kita lelaki sedih , disitulah wanita akan menghiburkan kita. Tatkala kita gembira, wanita jugalah akan kita cari untuk bersama meraikan. Dan kerana wanitalah juga kita sebagai lelaki adakalanya hilang pertimbangan. 

Lelaki yang harus kuat dan memainkan peranan bukan sahaja memimpin namun juga berilmu pengetahuan.

Maka, mulai hari ini, jadilah kita sebagai lelaki  dan suami yang peka terhadap pasangan kita dan begitu juga wanita yang juga seorang isteri. Setiap perubahan tentu ada sebabnya. Sesuatu yang bukan routine atau yang routine kini bukan lagi keperluan atau pengisiaan untuk pasangan kita, adalah tanda-tanda adanya sesuatu dalam kehidupan pasangan kita. Ianya mungkin berkaitan  soal hati dan perasaan atau juga 'kesihatan' pasangan kita.

Pada siapa lagi untuk kita berikan fokus melainkan kepada pasangan kita, kerana kita juga berharap daripadanya yang sama.

Namun, ALSB2 tetap percaya, sebagai suami dan isteri, kita akan sentiada berusaha menjaga hati masing-masing kerana suami isteri akan sentiasa berharap antara satu sama lain...

Yovie-Nuno-Menjaga Hati







Khamis, 5 November 2015

Aku, Lelaki, Suami, Beristeri Dua@ALSB2 ; Kenapa Aku, Lelaki, Suami ....beristeri dua...

Biarlah para pembaca mengenali diri ku ini dengan singkatan ALSB2.....iaitu singkatan Aku, Lelaki, Suami, Beristeri Dua.

Tidak mudah untuk seseorang itu  meluahkan hasrat hatinya atau kehendaknya untuk 'BERISTERI DUA' kepada isterinya yang sedia ada........

Nun suatu masa dahulu, pabila kasih dan cinta kita bersemi, akan ku serah kasih dan cinta ku hanyalah pada mu dan hanya dikaulah penyeri bersamaku sehidup dan semati........

Wahai lelaki diluar sana, ayat manis dan janji setia itulah yang kita ungkapkan kepada si dia yang ketika ini bergelar sebagai isteri.

Terlintaskah difikiran kita wahai sang Lelaki, pada suatu ketika nanti, akan dibahagikan kasih dan sayang kepada insan-insan akan dikenali sebagai isteri-isteri.....

Dan ini yang ALSB2 ingin nyatakan dan jelaskan .

Sememangnya sama sekali tidak terfikir dan terlintas di hati ini, pada suatu masa nanti akan aku, sebagai seorang lelaki dan suami untuk beristeri lebih daripada satu ....

Mengapa?  Persoalan yang acap kali diajukan kepada sang suami yang memilih untuk berkahwin lebih daripada satu....Apa yang tak kena....? Apa yang di cari?.....Tak Puas?

Manakala isteri yang terdahulu (pertama) akan di 'label' oleh sesetengah ahli masyarakat 'mungkin isteri tak pandai jaga......adalah lah tu masalah.....; dan  Isteri  yang baharu, dilihat sebagai 'perampas' atau punca kepada beralihnya kasih dan sayang si sang suami.

Adilkah semua persepsi, tomahan serta kesimpulan yang acapkali kita dengar tatkala berbincang atau bercerita tentang mereka yang POLIGAMI ...beristeri lebih daripada satu....

ALSB2 ingin jelaskan di sini, hasrat beristeri daripada satu ...kawin dua adalah kerana 'keinginan'

Wahai sang lelaki, ianya hadir daripada kita ....hati, perasaan serta fikiran yang bertindak serentak mencanang akan keinginan tersebut untuk direalisasikan

Begitulah bagi ALSB2.  Terbitnya hasrat untuk memperisterikan lebih daripada seorang kerana wujudnya 'perasaan cinta dan sayang'. Isteri mahupun si bakal isteri sama sekali tidak mengetahuinya....

Persoalan...bagaimana wujudnya perasaan cinta dan sayang sedangkan kita (ALSB2) ketika itu sudahpun beristeri  dan sesetengah itu (mereka yang beristeri lebih daripada satu) mempunyai anak dan bahkan, perkahwinan ada yang mencecah puluhan tahun?

Jawapannya ...itulah Lelaki...



Wahai lelaki dan Sang Suami , mustahil sama sekali hati seorang wanita takkan terusik, tersentuh bahkan 'sakit' atas perbuatan kita....

Dalam keadaan ALSB2, semuanya berpunca daripada diri ini. Kasih dan sayang jelas menguasai diri ini. Kerana kasih dan sayang tak sanggup sama sekali untuk merahsiakan bagaimana rasa hati ini terhadap si dia yang kini bergelar isteriku (madu kepada isteriku).

Kasih, sayang dan jatuh cinta itulah yang menguatkan keyakinan untuk ALSB2 untuk 'mengalah' bahawa tak sanggup diri ini menolak rasa keinginan untuk memiliki si dia.

Ye ALSB2 "mengalah" kepada "keinginan"....untuk memiliki isteri yang kedua.

Mengalah agar tidak terus hipokrit - mengakui bahawa hati ini telah jatuh cinta kepada si dia.

Maka, ALSB2 telah jelaskan dengan sejujurnya kepada sang Isteri akan rasa dan perasaan serta keinginan tersebut ...........

Dan sang Isteri jugalah yang menjelaskan "keinginan" ALSB2 kepada si dia ......

Maka bermulalah episod-episod kehidupan Aku, Lelaki, Suami Beristeri Dua....


Rabu, 4 November 2015

Poligami Dalam Islam

ALSB2 nak bawa para pembaca semua mengenai pengertian 'Poligami'


Sebelum itu, marilah bersama menghayati maksud ayat Surah Ali-Imran , Ayat 19 :

“Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam…” Ia adalah suatu sistem yang mencakupi peraturan-peraturan secara menyeluruh, serta undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia untuk kita terima dan mengamalkannya secara total"

Sesungguhnya Islam telah menjelaskan segalanya dan mempunyai setiap segala sesuatu yang diperlukan oleh Kita sebagai Hamba Allah S. W.T. Islam sebagai agama yang diredhai Allah SWT merupakan satu cara hidup yang lengkap. Maka kita sebagai manusia yang berakal perlu sebaiknya menggunakan segala apa cara yang diredhai oleh Allah bagi mencapai atau berbuat sesuatu demi kebaikan atau untuk kepentingan bersama. 


Walau bagaimanapun, persepsi Masyarat terhadap poligami sangat berbeza-beza. Ada yang melihat ianya sebagai satu unsur yang memporak peranda kehidupan suami isteri atau keluarga yang telah lama aman dan damai, bermuafakat.

Ada yang melihat ianya berniat kearah kebaikan kerana membantu sesetengah pihak agar mempunyai tempat berlindung, berkasih sayang dan seterusnya merasai erti kehidupan bersuami isteri.

Benarkan poligami yang menyebabkan porak peranda tersebut ?


Sebelum pergi jauh, biarlah ALSB2 bawa pembacaan pembaca kepada Ayat Al-Quran, Surah An-Nisa, ayat 3 .

Firman Allah SWT dalam Al-Quran surah an-Nisa’ ayat 3 menjelaskan akan maksudnya seperti berikut :


“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat ( untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

Diteliti secara mendalam, sesungguhnya surah an-Nisa’ ayat 3 di atas telah meletakkan dan menjelaskan bahawa poligami adalah dilaksanakan dengan bersistem  iaitu mempunyai asas-asas ketetapan yang kita boleh simpulkan sebagai 'berperaturan'.

Ayat di atas juga menjelaskan bahawa Islam membenarkan lelaki memperisterikan lebih daripada seorang sehingga semaksimum 4 orang. Namun, persoalan adil ditekankan sebagai asas utama yang membuatkan keputusan atau tindakan untuk memperisterikan lebih daripada seorang diteruskan atau tidak.

Oleh yang sedemikian, sekiranya poligami yang dibuat secara 'koboi', tidak berperaturan atau menafikan hak-hak yang tertentu sudah tentu ianya hanya membawa permasalahan yang boleh menjejaskan kehidupan samada dari segi kasih-sayang dan perasaan serta ekonomi dan kestabilan diri, keluarga dan masyarakat secara amnya.

Jadi mengapa lelaki ingin berpoligami?  Dan bagaimana Agama Islam menjelaskan Poligami ?

Berdasarkan maklumat yang dicapai di sesawang JAKIM, antara sebab musabab Poligami dibenarkan di dalam Islam adalah seperti berikut : -
  • Menjamin kemuliaan agama Islam dan kehormatan umatnya dari sebarang godaan.
  • Menutup dan mengurangkan perzinaan dan pelacuran.
  • Membiakkan keturunan dengan cara yang halal.
  • Mengurangkan anak-anak di luar nikah dan pengguguran. Seorang perempuan tidak dapat menyempurnakan kehendak nafsu suaminya kerana beberapa halangan yang tidak dapat dielakkan sedangkan suaminya tidak terbatas.
  • Perempuan sentiasa berkehendakkan pimpinan dan sokongan dari kaum lelaki dengan kelemahannya yang semula jadi. Bilangan kaum perempuan lebih ramai dari kaum lelaki pada bila-bila masa sahaja terutama pada masa peperangan.
  • Setiap pasangan suami isteri pada asalnya ingin mendapat zuriat dan keturunan dan kadangkala seseorang yang berkahwin itu didapati mandul, di kala itu hilanglah tujuan asalnya kalau tidak dibenarkan poligami.
  • Nafsu berahi kaum lelaki untuk melakukan hubungan kelamin tidak terbatas pada setiap peringkat umur walaupun umur telah meningkat hingga ke 70-80 tahun tetapi nafsunya masih kuat. Kebanyakan perempuan-perempuan yang umurnya dalam umur 50 tahun atau perempuan yang telah kering darah haidnya, tidak merasa sanggup lagi melayani nafsu suaminya, malah sudah mula hendak melarikan diri dari melakukan hubungan kelamin dan terasa jijik bila mendengar soal-soal itu.
Initipati utama yang ditekankan dalam Islam yang membenarkan Poligasi adalah kerana pelbagai faktor berhubung rapat dengan kepentingan menjaga institusi kekeluargaan agar ianya bersih daripada unsur-unsur zina, penghinaan dan penderitaan di samping melihat peranan Suami atau Lelaki sebagai pemimpin ke arah kebaikan dan keberkatan. 

Bagi mereka yang nak baca lebih lanjut, silalah lawati sesawang JAKIM iaitu ; http://www.islam.gov.my/e-penerbitan/poligami-penjelasan-berdasarkan-perspektif-undang-undang-keluarga-islam-di-malaysia

Yang suka tonton, dengar dan mengikuti ceramah Y.Bhg Dato' Uztaz Kazim, mari tonton video ini :-



Dengarkanlah apa yang disampaikan oleh Y.Bhg Dato' Uztaz Kazim, Adil.....bukan senang kita 'Lelaki' nak jadi adil ....so, fikirkanlah apa yang kita nak buat dari awal......sebelum beristeri lebih daripada seorang....




Salam perkenalan dari Aku Lelaki Suami Beristeri Dua @ ALSB2

Salam kepada semua,

Lama sudah Aku, Lelaki, Suami, Beristeri Dua @ ALSB2 nak mula berblog, namun hasrat dan niat seringkali terbantut disebabkan hati dan semangat tak sekata.

Namun kini, ALSB2 kuat kan hati dan semangat untuk terus bernukilan sebaiknya kerana niat kian membara untuk berkongsi dengan semua pembaca yang ada diluar sana.

Pertama kali, biarlah ALSB2 jelaskan disini bahawa niat utama bukanlah nak tunjuk riak atau suka bermegah diri dgn status lelaki, suami yang beristeri dua . 

Namun , ianya sebagai satu landasan untuk diri ini sentiasa ingat akan tanggungjawab dan amanah yang ada di sebalik status Aku Lelaki Suami Beristeri Dua @ ALSB2.

Suka juga dijelaskan bahawa apa yang diluahkan dan sampaikan di halaman blog ini adalah rujukan berdasarkan pengalaman ALSB2 sebagai Lelaki, Suami yang Beristeri Dua; semakan daripada bahan rujukan yang boleh dipercayai dan lain-lain sumber yang mempunyai unsur kepastian yang tinggi (kenyataan org-org yang berkaitan dan mempunyai pengetahuan luas mengenai perkara yang berkaitan atau dibincangkan).

Mungkin ada yang tertanya kenapa, Aku, Lelaki, Suami, Beristeri Dua?  

Jawapannya mudah, ALSB2 nak fokus dan tumpuan diberikan tentang diri ini, hal-hal keluarga dan diluaskan kepada persekitaran dan seterusnya hubungan kita dengan Tuhan. 

Daripada konteks itu, izinkanlah saya berkongsi bersama saudara dan saudari di luar sana, apa yang ALSB2 fikirkan, apa yang ALSB2 perolehi daripada pembacaan dan rujukan yang tiada batasannya dan juga apa yang telah berlaku yang boleh dijadikan sebagai tauladan dan sempadan samada di dunia ini dan insyaallah, ke Akhirat kelak.